Asal Usul Penciptaan Dota

Warcraft III ni merupakan sebuah ‘game-client’ yang menyediakan World Editor, dimana sesiapa yang berminat untuk develop map sendiri boleh mencipta game mengikut kreativiti sendiri. Jadi, pada masa dahulu, sebelum terma MOBA (Multiplayer Online Battle Arena), game-game seperti itu dikategorikan bawah MMORTS (Massively Multiplayer Online Real-Time-Strategy) atau RTS sahaja.

Map Dota yang pertama dicipta pada tahun 2003 dan update masih diteruskan sekarang kerana masih lagi terdapat player yang bermain dota walaupun sejak tahun 2010, dota 2 diperkenalkan, sebahagian besar pemain beralih ke dota 2 dari dota.

Disebabkan Blizzard World Editor merupakan sebuah open-source, banyak developer cuba untuk menghasilkan map yang menarik seperti Fight of Character, Gem Tower Defense, Tom and Jerry dan sebagainya. Dan tentunya, salah satunya ialah Dota, iaitu sebuah map hasil nukilan Eul semasa World Editor masih dibawah Reign of Chaos dan seterusnya diteruskan bersama-sama Guinsoo semasa World Editor dibawah expansion Frozen Throne. Pada masa itu, IceFrog mengambil alih segala kerja-kerja update sehinggalah sekarang.

Map Dota idea asalnya dikatakan datang dari Starcraft : Aeon of Strife dimana genre yang sama diperkenalkan dan semakin popular sekitar tahun 2002-2006 dan makin meningkat popularitinya. Pada sekitar tahun 2009-2010, League of Legend dihasilkan dengan bantuan developer Dota-dota lain (beta testers,bug fixer dll), yang menggunakan preset MOBA yang sama kerana kontrak dengan IceFrog tak dapat diwujudkan, tetapi setelah itu diketahui yang IceFrog sedang develop sebuah preset map yang sama untuk company S2 Games dan mencipta Heroes of Newerth.

Lain-lain moba yang terhasil dari kepopulariti dota ini antaranya Strife dan Heroes of the Storm. Setiap penciptaan MOBA baru ini dikatakan berkait rapat dengan pencipta dan developer asal dota dari segi coding dan preset susunan map dan sebagainya.

sumber

http://www.playdota.com/forums

en.wikipedia.org

http://www.reddit.com/r/DotA2/

http://steamcommunity.com/app/570/discussions/

http://www.gosugamers.net/forums/forum/154-dota-2-forums/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s